Penjara Pudu Dirbohkan
Sejarah Hanya Boleh Kita Pelihara"
Penjara yang dibina pada tahun 1891 di atas tanah seluas 10 hektar itu pernah digunakan sebagai tempat tahanan tentera bersekutu yang ditawan oleh Jepun ketika perang dunia kedua.
Jentera berat termasuk jengkaut, traktor dan sebagainya digunakan bagi merobohkan sebahagian daripada 394 meter tembok yang mengelilingi penjara itu bagi projek kerja pelebaran dan laluan bawah tanah Jalan Pudu.
Projek berkenaan yang bermula malam semalam akan berlangsung sehingga 24 Jun ini.
Pembinaan penjara Pudu yang dibuat secara berperingkat itu siap sepenuhnya pada tahun 1895 manakala temboknya mula dibina pada Februari 1891 dan siap pada bulan Ogos 1892.
Tembok ini dibina daripada batu bata yang dilepa dengan simen yang diimport dari negera jajahan British.
Semasa Perang Dunia Kedua, ramai tentera bersekutu dibunuh dan diseksa di penjara berkenaan.
facebook.com/akunerd
Post a Comment
Leave Some Comments Here