Pengumuman Penting

wanMalaya telah berpindah ke alamat baru di wan.okeyh.com

Puasa Pemain Bola Profesional


Sempena kedatangan bulan yang penuh keberkatan ini ada baiknya aku post berita fatwa tentang puasa dan pemain bola professional di negara Jerman.





Seperti yang kita sedia maklum didalam pasukan Jerman terdapat beberapa orang pemain Muslim. Mereka adalah Sami Khedira, Mesut Ozil dan Serdar Tasci. Setipa kali datang bulan puasa pemain berugama Islam menghadapi dilemma sama ada mahu berpuasa atau didenda kelab yang menggaji mereka. Tahun lalu 3 orang pemain FSV Frankfurt berugama Islam didenda kelab kerana berpuasa tanpa meminta kebenaran kelab. Ini adalah kerana terdapat kes supplements yang dimakan oleh pemain berpuasa disalah anggap sebagai dadah apabila ujian doping dilakukan. Kebenaran dari kelab perlu supaya pemain tidak akan mengadapi masalah dengan badan pencegahan dadah. Disamping itu juga, ahli fioslogi berpendapat pemain bola yang berpuasa lebih mudah penat dan cedera disamping mengalami performanca issue. Pemain Islam seperti Nicolas Anelka (Abdul-Salam Bilal) terang-terang mengaku beliau tidak berpuasa jika musim bolasepak bertindan dengan bulan ramahdan.



Bagi mengelakkan salah faham untuk musim akan datang. Persatuan Bolasepak Jerman meminta pandangan German Central Council of Muslims. Pihak kounsil ini pula mendapatkan pandangan Universiti Al Azhar. Universiti Al Azhar akhirnya mengeluarkan fatwa dimana;

"Pemain bolasepak professional dibenarkan tidak berpuasa pada bulan Ramadhan atas alasan perkerjaan mereka. Jika berpuasa memudaratkan prestasi melakukan kerja mereka maka tidak salah jika tidak berpuasa"

Walau bagaimanapun terdapat beberapa pemain yang berkeras untuk berpuasa. Mereka ialah pemain FC Cologne Adil Chichi dan Youssef Mohamad. Mereka percaya prestasi mereka tidak terganggu kerana sudah biasa bermain bola dalam keadaan berpuasa.

Sebelum fatwa ini dikeluarkan ada pemain-pemain berugama Islam menggunakan loophole untuk tidak berpuasa. Sebagai contoh pada hari perlawanan, mereka akan memandu sejauh beberapa kilometer diatas jalan raya bagi mendapatkan status musafir.


Post a Comment

Leave Some Comments Here