Rahsia Iklan Raya 2010 TV3
Scene 1 – Budak Lelaki di dalam Pondok
Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingkap yang terbuka.
a) Budak Lelaki Melayu - Orang Melayu
b) Buku – Bible
c) Pondok Buruk Beratap Rumbia – Kemiskinan
d) Malam Yang Gelap - Islam yang mundur
e) Mentol Lampu - Pencerahan (Illumination) - Lucifer@Iblis
f) Sangkar Burung - Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM
g) Tingkap Terbuka - Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran
Scene 2 – Isi Kandungan Buku yang Dibaca Budak Lelaki
Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).
a) Mukasurat Bergambar - Bible (Christianity)
b) Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan
c) Beca Merah - Samaran untuk kenderaan Santa Claus
d) North Star - Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)Pokok Krismas - Simbol Paganism
Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan
Scene 3 – Beca Membawa Budak Lelaki ke Alam Lain
Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.
a) Bintang-bintang kecil beraura - Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.
b) Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih - POPE - Ketua Agama Kristian
c) Pelawaan Menaiki Beca - Pelawaan Masuk Kristian
Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih - POPE - Ketua Agama Kristian
Pelawaan Menaiki Beca - Pelawaan Masuk Kristian
Scene 4- Kejayaan
Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu)
a) Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu - Bangsa Melayu.
Scene 5 – Negeri-Negeri tertentu
Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah.
a) Pulau Pinang - Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light)
b) Teluk Intan, Hilir Perak (Anson) - Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.
c) Kuala Lumpur - Malaysian Illuminati punya capital.
Teluk Intan, Hilir Perak (Anson) - Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.
Kuala Lumpur - Malaysian Illuminati punya capital.
Untuk Scene-scene lain, boleh teruskan baca di Yang Tersirat Dari Iklan. Untuk hal ni aku tak mampu nak mengulas lebih-lebih sebab takut jadi satu ketaksuban jer. Memang aku kagumi dengan pemikiran mereka yang jelas menunjukkan ketinggian ilmu yang mereka ada berbanding aku. Harapan aku:
1. Iklan ni ditarik balik dan TV3 lebih peka. Mungkin perlu Minta Maaf?
Walaupun aku rasa iklan ni boleh dibendung dari awal sekiranya semua pihak yang terlibat mengambil kira semua aspek dan sensitiviti dalam sesuatu perkara. Perayaan Keagamaan bukan boleh dicampur adukkan dan jangan wujudkan perkara yang boleh merosakkan generasi akan datang. Gagasan 1 Malaysia, tak bermakna boleh jadi 1 Agama. TV3 harus lebih peka dengan hal ini, dulu pernah dibincangkan tentang isu Kongsi Raya. Perayaan Aidilfitri sewajarnya ditonjolkan dengan cara yang betul, ada elemen-elemen sambutan secara tradisional seperti
- takbir Raya ataupun persiapan gotong royong ahli keluarga memasak rendang, membakar lemang, dll.
- sembahyang sunat hari raya, dengar khutbah, menziarahi kubur
- bermaafan dengan ibu bapa dan menziarahi sanak saudara, rakan taulan, jiran tetangga.
2. Masyarakat tidak mengecam agama lain dan tidak timbulkan Kes Rasis.
Dalam Iklan ni, bukan masyarakat atau agama lain yang harus dipersalahkan. Ini bukan agenda mereka, so tak perlu sampai taksub sangat,, nak berbalah sesama agama pulak. Ini idea daripada orang yang membuat iklan tu sendiri, dan semua pihak yang terlibat, penerbit, pengarah, pelakon, dan krew sendiri.Dan mungkin juga pihak yang meluluskan iklan ni harus lebih dipertanggungjawabkan. So, aku harap takde pulak lepas ni kes rasis bertambah lagik. Dari masalah Malaysia-Indonesia, Melayu-Cina, takkan kita nak timbulkan masalah antara agama pulak? Jangan buat sesuatu sehingga menampakkan keburukan kepada agama sendiri, tangani dengan akal dan fikiran yang waras. Wallahualam.
Otak kita berupaya membaca yang tersirat tapi hanya jika kita inginkannya.
Latest Update: 6/9/2010

Post a Comment
Leave Some Comments Here